News

[VIDEO] Syok Berborak Dengan Rakan Dalam Bahasa Tamil, Mak Cik Ini Buat Ramai Kagum. Wow!



Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang berada di dalam kereta sambil berbual dengan seorang rakannya menerusi tingkap.

Difahamkan mereka berdua sedang berborak mengenai khabar keluarga dan memberitahu ada sahabat mereka meninggal dunia.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mak cik itu bukan berborak menggunakan bahasa Melayu tetapi dia menggunakan bahasa Tamil dengan rakannya itu. Malah, dia juga dilihat sangat fasih dalam bahasa Tamil itu.





Source link

Related Posts