News

(Video) “Ketuk Setiap Mozek,” Ini 7 Perkara Wajib Anda Buat Lepas Terima Kunci Rumah Baru


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang, apatah lagi rumah berkenaan dibeli menggunakan duit usaha keras selama ini. Bak kata pepatah ‘rumahku syurgaku’, tinggal di rumah sendiri dan tidak perlu lagi menyewa rumah adalah satu kepuasan yang tidak ternilai.

Namun sebelum memasuki rumah baharu, banyak perkara yang kita perlu pertimbangkan. Ya, tidak semua orang bernasib baik menerima rumah yang tiada masalah. Mungkin ada juga rumah yang dibina dalam keadaan tidak memuaskan.

Jadi, sebagai pembeli atau bakal memilik rumah sendiri. Korang perlu tahu beberapa perkara wajib selepas mendapat kunci rumah tersebut. Ini yang korang perlu buat seperti yang disenaraikan oleh M, Ikhwan Yusoff menerusi laman Tiktoknya.

Inilah 7 perkara wajib selepas dapat kunci rumah baru

  • Stanby ‘masking tape’ untuk tandakan defect
  • Check pintu dan tingkap (buka berulang kali)
  • Ketuk setiap mozek untuk pastikan simen atau kosong
  • Pastikan semua suis dan peralatan paip yang cukup
  • Buka semua air paip untuk pastikan tiada kebocoran
  • Periksa dinding yang retak
  • Jangan lupa kunci semua untuk keselamatan
@m.ikhwanyusoff

Reply to @meet.ily tahniah nak dpt kunci👏🥰semoga dipermudahkan urusan korg yg lain juga

♬ NAIK – Chorus – Abubakarxli

 

Sumber: M.Ikhwan Yusoff



Source link

Related Posts