News

(Video) ”Amboi Sedap Ke tu Adik..” Gelagat Si Bulus ‘Hantu’ Durian Cuit Hati Ramai


Sebut je ‘durian’, siapa je tak kecur air liur mendengarnya? Buah yang mendapat jolokan ‘raja buah’ itu pasti menjadi buruan setiap kali tiba musimnya.

Tak kurang juga, ada yang sanggup berbelanja ‘hangus’ beratus-ratus ringgit semata-mata nak puaskan tekak, malah tak kisah pun kalau terkena demam panas.

Itu cerita tentang manusia yang ‘gila’ durian. Korang pernah dengar tak haiwan ‘hantu’ durian? Kalau setakat tupai yang makan, itu perkara normal je.

Tapi apa yang dikongsikan pengguna TikTok, @mekbeeboolat97 ini memang cukup mencuit hati apabila si bulus belaannya kelihatan sedang enak ‘melayan’ buah durian.

@mekbeeboolat97

pandai dia bila tanya,pandang muka kite🤣🤣🤣🤣hantu durian….panas lepas ni mummy xtahu😋😋😋#catlover #fyp

♬ bunyi asal – MekBee🐝Boolat – MekBee🐝Boolat

“Pandai dia bila tanya, pandang muka kita. Hantu durian..panas lepas ni mummy tak tahu..” tulisnya pada kapsyen.

Apa yang kelakarnya, si bulus ini begitu syok menjilat isi durian sampai terlelap-lelap mata dibuatnya. Punyalah ‘asyik’ sampai macam tu sekali.

Tapi mummy pun dah pesan, kalau lepas ni tekak atau badan dah mula rasa panas, mummy tak tahu.

Sementara itu, gara-gara terhibur dengan gelagat si hantu durian ini, ada beberapa netizen turut berkongsi kisah kucing mereka yang alami tabiat serupa.

“Kucing saya suka makan serawa durian..sampai menjilat kuah,” – Azira

“Pertama kali tengok hantu durian berbulu,” – Liza

“Kucing saya Ben bila bau durian dia datang duduk tengok ayahnya buka buah. Orang makan dia pun makan. Sekarang..Ben dah pergi tak kembali,” – Suzi

Kucing korang macam mana pulak?

Sumber: TikTok @mekbeeboolat97



Source link

Related Posts