saifstudio logo - UK Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Kelengkapan Telekomunikasi Huawei Menjelang 2023

Isu peralatan telekomunikasi Huawei di United Kingdom mendapat perhatian dunia kerana desakan yang kuat dari Amerika Syarikat. A.S ingin menarik aset ketenteraan dan perkongsian maklumat sulit sekiranya UK terus menggunakan kelengkapan 5G dari Huawei. UK pada awalnya enggan tunduk kepada desakan tetapi menurut laporan The Daily Telegraph, penggunaannya akan dihentikan menjelang 2023.

Huawei 5G MH5000 kereta - UK Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Kelengkapan Telekomunikasi Huawei Menjelang 2023Perdana Menteri Boris Johnson, dikatakan menerima desakan dari wakil parti konservatif untuk tidak meneruskan penggunaan kelengkapan Huawei. Sebelum ini UK terus menggunakan teknologi 5G oleh Huawei dan ZTE dalam jumlah yang terhad tetapi bukan sebagai kelengkapan teras untuk rangkaian 5G dan gigabit. Kelengkapan telekomunikasi mereka juga tidak boleh digunakan di lokasi yang dikategorikan sebagai sensitif seperti pangkalan tentera dan stesen janakuasa elektrik. Penggunaan perkakasan juga dihadkan kepada 35% sahaja di kawasan yang dikategorikan sebagai tidak sensitif

Amerika Syarikat telah menghalang Huawei dari pembekal cip yang menggunakan teknologi milik mereka minggu lalu. Tanpa akses kepada cip-cip ini, bukan sahaja perniagaan peranti mudah alih Huawei terjejas tetapi juga perniagaan telekomunikasi mereka. Huawei telahpun menegaskan halangan terkini ini adalah berniat jahat dan tidak berasaskan sehingga merugikan pengguna kelengkapan mereka di seluruh dunia.



saifstudio logo - UK Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Kelengkapan Telekomunikasi Huawei Menjelang 2023

Source link

saifstudio logo - UK Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Kelengkapan Telekomunikasi Huawei Menjelang 2023

Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App