News

Terpaksa Jual Semua Peralatan Go-Kart, Ciapan Pemilik Bisnes Raih Perhatian Netizen



Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak wabak pandemik COVID-19 menyerang negara kita pada tahun lalu, satu persatu perniagaan mula ditutup samada ada disebabkan terpaksa ataupun pemilik bisnes mengambil jalan ‘selamat’ bagi mengelakkan kerugian yang lebih teruk.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan satu ciapan yang menyedihkan apabila dia terpaksa menjual kesemua peralatan go-kart dan menutup terus bisnes tersebut.

Tambah pemilik ciapan lagi, oleh kerana kereta go-kart tidak mempunyai kebenaran sah untuk bergerak di atas jalan raya, ia hanya sesuai digunakan dalam kawasan perumahan sahaja.

Manakala servis penjagaan go-kart pula agak mudah, sama seperti menjaga motosikal. Hanya perlu servis menukar minyak hitam dan minyak kotak gear pada harga sekitar RM50 sahaja.

Siapa sangka ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang turut berminat dengan go-kart yang ditawarkannya. Rata-rata orang ramai mahu mendapatkan go-kart tersebut kerana ia ‘memudahkan’ pergerakkan mereka ke sesuatu tempat dan dapat mengisi masa lapang sewaktu PKP ini.

Setakat artikel ini ditulis, beliau menyatakan sudah ada 30 orang yang berminat untuk membeli go-kart yang dijualnya. Jika turut anda berminat untuk memiliki juga, bolehlah hubungi rakan kongsi beliau di talian 017 314 0280 untuk dapatkan butiran lanjut (gambar, video atau videocall).

Menurut pemilik bisnes go-kart itu lagi, sebanyak 12 buah ATV turut habis dijual sebelum ini ekoran pelaksanaan PKP yang menghalang orang ramai menggunakan perkhidmatan beliau yang beroperasi di Terengganu.

Siapa sangka di Malaysia mempunyai sepasang model Converse pertama di dunia dan sekarang pemiliknya mahu menjual kepada orang ramai.

‘Collector’ Di Kelantan Mahu Jual Model Converse Pertama Dunia Dengan Harga RM40,800

‘3 Biji Hanya RM150’- Netizen Terkejut Durian Duri Hitam Dijual Murah Di Singapura

Cuba Jual Kasut Biasa RM30,000, Peniaga Ini Dikritik ‘Collector’ Kerana Tidak Ikut Harga Pasaran





Source link

Related Posts