saifstudio logo - Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan S-Pen Bakal Hadir Ke Malaysia – Berharga RM1699

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran sebuah tablet terbaru mereka, iaitu Samsung Galaxy Tab S6 Lite. Ia hadir dengan rekaan bersaiz kompak, selain turut menyertakan sokongan S-Pen bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite C 950x534 - Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan S-Pen Bakal Hadir Ke Malaysia – Berharga RM1699

Samsung Galaxy Tab S6 Lite ini hadir dengan skrin bersaiz 10.4-inci, dilengkapi cip lapan-teras, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menyertakan sokongan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 7040mAh.

Menariknya, tablet ini juga turut hadir dengan sokongan S-Pen. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk membuat input lakaran dan catatan dengan mudah. Apa pun, tiada tempat simpanan berbentuk magnetik seperti pada versi Galaxy Tab S6.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite A 950x650 - Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan S-Pen Bakal Hadir Ke Malaysia – Berharga RM1699

Melengkapkan tablet ini juga adalah sokongan audio AKG – yang menawarkan pengalaman menarik ketika anda menikmati kandungan melalui tablet berkenaan.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Tab S6 Lite ini akan ditawarkan pada harga RM1699. Buat masa ini, tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi. Samsung mengatakan mereka akan menawarkannya bersama-sama promosi menarik untuk pengguna.



saifstudio logo - Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan S-Pen Bakal Hadir Ke Malaysia – Berharga RM1699

Source link

saifstudio logo - Samsung Galaxy Tab S6 Lite Dengan Sokongan S-Pen Bakal Hadir Ke Malaysia – Berharga RM1699

Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App