News

Rela Lepaskan Kemenangan Demi Selamatkan Lawan, Ini 10 Momen Dalam Sukan Yang Pasti Bikin Terharu


Menjadi juara sudah pastinya merupakan misi utama bagi setiap atlit. Walaupun begitu, atlit perlu bersaing secara sihat dan meraih kemenangan secara adil. Juara sejati bukan sahaja mendapat tempat dalam sesebuah acara, tetapi akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.

Pingat bukanlah satu-satunya pengukur sebuah kejuaraan, malah semangat kesukanan dan setiakawan juga menjadi keutamaan. Setelah sekian lama sukan menjadi acara penting hingga ke peringkat antarabangsa, terdapat pelbagai peristiwa bermakna yang tak mungkin lekang di fikiran peminat sukan di seluruh dunia.

Ini 10 momen paling bermakna dalam sejarah sukan yang pasti buat anda terharu.

1. Bantu adik ke garis penamat

Gambar via Google

Atlit triathlon asal Inggeris, Alistair Brownlee memapah adiknya, Jonny yang kelelahan beberapa ratus meter sebelum garisan penamat. Di garisan penamat, Alistair mendorong adiknya terlebih dahulu sebelum dirinya menamatkan siri triathlon tersebut. Hasil pengorbanan abangnya, Jonny menjadi peserta kedua yang menamatkan perlumbaan sementara Alistair tempat ketiga.

2. Bermain bersama kanak-kanak kelainan upaya

Kredit: Twitter Tottenham Hotspur

Marshall Janson merupakan seorang kanak-kanak kelainan upaya yang bercita-cita menjadi pemain bola sepak. Walaupun memakai kaki palsu, kekurangan ini tidak pernah mematahkan semangat Janson. Oleh itu, kelab bola sepak kegemaran Janson, Tottenham Hotspur, menjemput kanak-kanak ini untuk bermain bersama mereka sebelum perlawanan Liga Perdana bermula.

3. Angkat pihak lawan tak mampu berdiri

Gambar via Google

Juara sebenar tak semestinya mengejar kemenangan semata-mata. Stsiapan Papou, atlit sambo dari Belarus ini membuktikan nilai juara sejati apabila dia memikul lawannya, Amil Gasimov, keluar gelanggang apabila atlit Azerbaijan itu tidak mampu berdiri selepas perlawanan tamat. Papou bukan sahaja menang dalam perlawanan itu, malah dia membuktikan erti juara yang sebenar.

4. Bantu cari kanak-kanak hilang

Gambar via Google

Pemain tennis bertaraf dunia, Rafael Nadal pernah menghentikan perlawanan untuk membantu salah seorang penonton yang kehilangan anak perempuannya. Para penonton bersama-sama fokus mencari kanak-kanak hilang tersebut hingga kedua ibu dan anak itu bertemu.

5. Beri ‘hadiah’ kepada peminat

Kredit: Premier League

Pemain kelab bola sepak Burnley, Danny Ings memberikan kasutnya kepada seorang peminat berkerusi roda, Joseph Skinner. Skinner sangat gembira dengan pemberian tersebut hingga menitiskan air mata.

6. Bantu lawan ke garis penamat

Gambar via Google

Nikki Hamblin telah menunjukkan semangat kesukanan yang luar biasa kepada dunia. Atlit lari jarak jauh New Zealand ini sanggup menggadaikan kedudukannya dalam perlawanan Olimpik untuk membantu pesaingnya yang terjatuh dan cedera. Hamblin melengkapkan lariannya bersama pelari Amerika Syarikat, Abbey D’Agostino hingga ke garisan penamat.

7. Hentikan perlawanan selamatkan burung

Gambar via Google

Penjaga gol Sydney FC, Danny Vukovic pernah menghentikan perlawanan untuk menyelamatkan seekor burung yang cedera terkena bola. Vukovic berjaya meraih perhatian pengadil untuk menghentikan perlawanan. Dia membawa burung tersebut ke tempat selamat dan mendapatkan rawatan.

7. Kirim jersi sebenar kepada kanak-kanak Afganistan

Gambar via Google

Peminat bola sepak cilik, Murtaza Ahmadi pernah meraih perhatian bintang bola sepak, Lionel Messi dengan ‘jersi’ plastiknya. Melihat perkara itu, Messi bertindak mengirim jersi Barcelona FC sebenar kepada kanak-kanak Afghanistan itu, yang pastinya berjaya mengukir senyuman di wajahnya.

9. Tunjuk sokongan kemanusiaan

Gambar via Google

Menunjukkan solidariti terhadap krisis kebuluran ketika itu, pemain bola sepak, Zlatan Ibrahimovic menunjukkan tatu kekal dengan nama 50 orang korban kebuluran di badannya. Hal tersebut dilakukan Ibrahimovic untuk program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berjaya mendapatan sorotan ramai.

10. Selamatkan nyawa pasukan lawan

Gambar via Google

Nyawa sememangnya lebih berharga dari sebuah trofi. Pemain bola sepak, Jaba Kankava tanpa berfikir panjang terus meluru kepada Oleg Gusav, pasukan lawan yang rebah untuk mengelakkan Gusav dari tercekik. Saluran pernafasan Gusav ketika itu tersekat oleh lidahnya sendiri. Berkat kepantasan Kankava, Gusav berjaya diselamatkan.

Bagi sesetengah orang, sukan mungkin hanya satu permainan di mana yang menang menjadi juara. Namun atlit-atlit ini berjaya membuktikan bahawa sukan bukan hanya sekadar persaingan, tapi juga dapat menyatukan.

Sumber: Bright Side



Source link

Related Posts