News

[RASMI] Pingat Emas Ziyad Ditarik Balik, Atlet Ukraine ‘Protes’ Penyertaan Malaysia



Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.





Source link

Related Posts