News

Ramasamy selar Umno kerana cuba ‘lamar’ Makkal-Sakthi


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy menyelar Umno setelah presidennya, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menunjukkan sokongan kepada Parti Makkal-Sakthi (MMSP), dengan memintanya bertanding pada pilihan raya akan datang di bawah tiket BN.

“Memandangkan MIC bukan lagi India kesayangan Umno, terdapat pilihan jelas untuk memasukkan MMSP di bawah BN.

“Berbanding dengan MIC, MMSP lebih setia kepada Umno. Ia adalah parti yang tepat untuk menjadi pak turut pemimpin politik Umno, ”kata Ramasamy dalam catatan di Facebook hari ini.

Ramasamy, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP, berkata, usaha Umno untuk mengurangkan kuasa MIC dengan memihak kepada MMSP akan sia-sia kerana dia meragui parti parti kerdil itu mampu meningkatkan pengaruh BN di kalangan masyarakat India.

“Malah, jika Umno boleh menggantikan MIC dengan MMSP, ini tidak akan memberi perbezaan kepada perwakilan masyarakat India.

“Sebenarnya, orang India yang mempunyai harga diri dan maruah tidak lagi memerlukan layanan parti-parti yang tidak penting ini.

“Jika MIC hampir gagal memberi kesan untuk memperbaiki kehidupan orang India sejak lebih 60 tahun, apa yang dapat dilakukan oleh MMSP untuk mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial orang India?” soal Ramasamy.

Ahli parlimen Perai itu seterusnya membandingkan prestasi pertubuhan Hindu, Hindraf dengan MMSP’ Katanya, parti itu, yang ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan politik yang dimulakan oleh Hindraf, tidak akan menjadi “parti pilihan orang India”.

“Paling tidak, Hindraf mempunyai maruah dan harga diri untuk mengadakan tunjuk perasaan besar di Kuala Lumpur pada November 2007.

“Saya ragu bahawa MMSP dapat meneruskan perjuangan yang dimulakan oleh Hindraf. Kepimpinan mereka hanya berminat pada kuasa dan jawatan, ” kata Ramasamy.

Menurutnya, dia percaya Zahid membuat keputusan yang tidak betul dengan menyokong MMSP dan menganggapnya sebagai penghinaan dan memalukan masyarakat India.

[Baca berita penuh]



Source link

Related Posts