News

Pernah Menjadi Bahan Tawa, Jeff Bezos Buktikan Pelan Ke Angkasa Bukan Sekadar Sembang Kosong



Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebut mengenai Jeff Bezos pasti ramai ramai individu dan usahawan yang mengenali beliau. Berjaya membangunkan Amazon sehingga disenaraikan sebagai manusia terkaya dunia pada ketika ini membuatkan beliau dikenali ramai.

Dalam pada itu, di sebalik kecekapan beliau menguruskan kewangan dan syarikat, beliau juga tidak terlepas menjadi bahan ketawa orang ramai sekitar dua dekad lalu apabila menyatakan hasrat untuk menjalankan misi eksplorasi ke angkasa.

Menerusi sebuah temu ramah yang dijalankan pada tahun 2000, Jeff Bezos yang pada ketika itu berada pada kedudukan manusia ke-48 terkaya dunia dan baru sahaja berusia 36 tahun memaklumkan misi beliau yang dianggap tidak masuk akal bagi sejumlah besar orang ramai.

Beliau yang turut berkongsi dalam temu ramah tersebut untuk ke angkasa menaiki kapal angkasa dalam membantu dalam misi eksplorasi angkasa lepas telah membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak. Dalam pada itu, gelak tawa yang diterima tidak mematahkan hasrat Jeff Bezos apabila beliau menubuhkan syarikat Blue Origin pada tahun yang sama.

Hasrat beliau nampaknya berjaya dibuktikan apabila Blue Origin pada minggu lalu telah melancarkan roket membolehkan Jeff Bezos bersama tiga lagi individu lain tiba di angkasa lepas sebelum turun mendarat semula.

Kejayaan beliau ke angkasa membuatkan netizen kagum dengan beliau sekaligus membandingkan mentaliti individu berjaya yang penuh dengan visi dan sebaliknya.

Sebelum ini, Jeff Bezos dilaporkan merancang untuk menjalankan bisnes dalam memberi pengalaman kepada individu yang berminat untuk ke angkasa. Semestinya harga tiket yang mahal antara yang ditawarkan bagi merasai pengalaman yang penuh eksklusif ini.

Jeff Bezos pada minggu ini dilaporkan telah ‘sogok’ NASA sebanyak RM8.4 bilion demi membolehkan Space Origin ke Bulan. 

Jeff Bezos ‘Sogok’ NASA RM8.4 Bilion Demi Impian Ke Bulan

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos





Source link

Related Posts