News

Pensyarah kanan beri kontrak bernilai RM46,000 kepada ahli keluarga ditahan


Seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak bernilai RM46,000 kepada ahli keluarga.

Difahamkan, kontrak berkenaan melibatkan projek pembekalan barang pejabat, serta pembelian dan penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan universiti berkenaan pada tahun 2015 hingga 2017, yang diberikan kepada kakak dan abang ipar.

Menurut sumber SPRM, wanita dalam lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya di Putrajaya kira-kira 11 pagi semalam, sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM pada petang selepas selesai diambil keterangan.

Pengarah SPRM Putrajaya Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

– Bernama



Source link

Related Posts