News

MP Jerantut nafi ubah pendirian tarik sokongan Muhyiddin


Ahli Parlimen Umno Jerantut, Ahmad Nazlan Idris menafikan dia telah mengubah pendiriannya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.

“Saya dengan ini mengatakan mengikut keputusan Majlis Tertinggi Umno pada 7 Julai 2021 iaitu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.

“Kenyataan ini saya buat sekali lagi bagi menafikan yang saya sudah mengubah pendirian.

“Saya telah membuat surat akuan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021 dan tentunya saya akan mengotakan kata-kata saya.

“Saya berharap mana-mana pihak di luar sana tidak menggunakan nama saya bagi mengelirukan mana-mana pihak,” katanya pada satu kenyataan melalui Umno Online.

Pada 3 Ogos lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Nazlan antara sebelas ahli parlimen yang hadir dalam sidang media Ahmad Zahid itu.

Sebelum ini, Nazlan juga dilaporkan mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Ahmad Nazlan pada 4 Julai lalu berkata dia bersedia untuk mencuba kerajaan baru kerana pemerintahan Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin masih belum berjaya membantu rakyat.



Source link

Related Posts