News

Lionel Messi Tidak Akan Sambung Kontrak Baharu Bersama Barcelona


Awal pagi ini dunia bola sepak dikejutkan dengan berita bintang Barcelona, Lionel Messi tidak akan menyambung kontrak baharu bersama kelab Catalan itu. Ini kerana, pihak kelab tidak boleh mendaftarkan Messi ke dalam pasukan disebabkan peraturan baharu La Liga yang menetapkan had gaji untuk sebuah kelab.

Perkara ini dilaporkan oleh seorang wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano. Menurut kenyataan rasmi dari Messi, “dalam membincangkan untuk mencapai kata sepakat antara Barcelona dan Lionel Messi dengan niat yang jelas untuk kedua-dua belah pihak untuk menandatangani kontrak baharu hari ini, ini tidak akan mungkin boleh berlaku berikutan  halangan ekonomi kelab dan struktur liga yang baharu.

Barcelona sangat kesal apabila persetujuan tidak dapat dicapai kerana peraturan yang baharu ini. Barcelona mengucapkan jutaan terima kasih sepenuh hati kepada Messi selepas sumbangan yang diberikan pemain kelahiran Argentina itu dan mengucapkan selamat berjaya kepada Messi.

Pada mulanya, proses perbincangan ini berjalan dengan lancar dan Messi juga sudah bersetuju untuk menerima potongan separuh dari gaji beliau sebelum ini untuk terus berkhidmat di kelab Catalan itu. Tetapi, mungkin Barcelona gagal menjual pemain-pemain sedia ada untuk mengurangkan beban gaji yang ditanggung sekarang seperti Ousmane Dembele, Philippe Coutinho dan Antoinne Griezmann yang tidak menunjukkan prestasi yang baik di Barcelona.

Ini bermakna Messi boleh meninggalkan kelab itu dan mana-mana kelab yang mahu menandatangani Messi, boleh mendapatkan khidmat beliau secara percuma kerana beliau sudah tidak terikat kontrak dengan Barcelona yang berakhir 30 Jun 2021 tempoh hari.

Menarik untuk disaksikan kerana sejak permulaan karier Messi di La Masia (Akademi Barcelona) sehingga kini beliau hanya berkhidmat untuk Barcelona dan ke mana agaknya hala tuju Messi selepas ini? Mungkin menyertai Cristiano di Juventus? Atau kembali mendakap Neymar di PSG? Paling tidak, berguru semula bersama Pep Guardiola di Manchester City?

Sumber: Fabrizio Romano





Source link

Related Posts