Bersama-sama dengan pengumuman PENJANA, kerajaan telah mengumumkan sejumlah inisiatif dalam membawa arena digital dan inovasi Malaysia selangkah kehadapan. Salah satunya adalah pengumuman penubuhan National Technology and Innovation Sandbox.

Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta untuk tujuan ini, dan ia bakal diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Melalui penawaran ini, kerajaan ingin mengalakkan kehadiran pelbagai inovasi baru oleh usahawan tempatan, selain akan memberikan kelonggaran peraturan untuk menguji teknologi baharu.

Antara contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri ketika pengumuman ini adalah termasuk menguji penghantaran pembelian atas-talian dan juga penggunaan kereta swapandu.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App