News

Kawasan Kediaman Israel Di Jerusalem Terbakar, Api Merebak Hingga Sekitar Masjid Al-Aqsa


Daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran. Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan.

Gambar: Quds News Network

Menurut laporan Quds News Network, api tersebut berawal di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan evakuasi terhadap penduduk terjejas.

Sementara itu, api telah mula merebak di kawasan hutan di bahagian barat, bersebelahan Masjid Al-Aqsa.

Gambar: Quds News Network

Media Israel melaporkan, 13 jet pemadam kebakaran telah diterbangkan untuk mengelakkan api daripada merebak, namun setakat ini kebakaran masih belum dapat dikawal.

Sumber: Quds News Network



Source link

Related Posts