saifstudio logo - Honor Akan Menggunakan Cip 5G MediaTek Pada Peranti Mereka Selepas Ini

Honor diwujudkan sebagai sub jenama mampu milik kepada Huawei. Kerap kali peranti mereka mempunyai spesifikasi yang hampir setanding tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah kerana hanya ditawarkan secara atas talian. Tradisi ini mungkin akan berubah dalam masa terdekat selepas presiden Honor George Zhao dipetik berkata syarikat beliau menggunakan cip 5G keluaran MediaTek di masa hadapan.

Honor George ZHOU - Honor Akan Menggunakan Cip 5G MediaTek Pada Peranti Mereka Selepas IniPengumuman ini tidak mengejutkan kerana Amerika Syarikat telah mengetatkan halangan ke atas Huawei yang menyebabkan mereka tidak boleh menghasilkan cip Kirin 5G yang menggunakan teknologi milik A.S. Kesemua cip Kirin 5G yang telah dipesan sebelum halangan dikeluarkan mungkin akan diberikan kepada Huawei dan menyebabkan Honor perlu mencari cip alternatif.

MediaTek telah melancarkan beberapa cip 5G di bawah keluarga Dimensity sejak enam bulan yang lalu. Ini mungkin menandakan berakhirnya era menanti peranti Honor dilancarkan kerana tidak mampu memiliki peranti Huawei di negara kita dalam masa terdekat.



saifstudio logo - Honor Akan Menggunakan Cip 5G MediaTek Pada Peranti Mereka Selepas Ini

Source link

saifstudio logo - Honor Akan Menggunakan Cip 5G MediaTek Pada Peranti Mereka Selepas Ini

Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App