Seringkali kita mungkin terpadam sesuatu fail atau dokumen tanpa sengaja, dan ingin mendapatkannya kembali. Terbaru, dalam memudahkan pengguna mendapatkan kembali fail atau dokumen berkaitan, Microsoft telah pun memperkenalkan Windows File Recovery.

Windows File Recovery menyokong pelbagai variasi dokumen, termasuk gambar, video dan sebagainya. Disamping pada cakera keras dalam komputer, ia juga turut boleh digunakan untuk mendapatkan kembali fail daripada kamera, kad SD dan sebagainya.

Windows File Recovery

Penawaran Microsoft ini dioptimasikan untuk format sistem NTFS, tetapi melalui mod khusus Signature, ia membolehkan anda turut mendapatkan fail daripada sejumlah sistem fail lain.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh dapatkan Windows File Recovery ini melalui Microsoft Store hari ini secara percuma.

Muat-Turun Windows File Recovery[/info]





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App