Aplikasi pejabat Google seperti Doc, Sheet dan Slide tidak dinafikan agak baik untuk penggunaan ringkas atau kecemasan jika pengguna kerap bergerak ke sana dan ke mari. Ini kerana ia adalah aplikasi pejabat yang sentiasa berada di awan, selagi pengguna ada akses Internet. Awal bulan, fungsi Smart Compose diperkenalkan kepada pengguna GSuite for Education. Nampaknya kali ini ada lagi fungsi menarik diedarkan untuk pengguna GSuite.

Smart Fill dan Smart Cleanup adalah dua fungsi baru yang diperkenalkan oleh Google. Ia adalah fungsi entri data berautomat bagi memudahkan lagi tugas pengguna seperti Smart Compose. Smart Fill mengesan dan belajar corak antara kolum dan secara automatik melengkapkan ruangan kosong yang belum dimasukkan data. Manakala Smart Cleanup pula adalah, membuat kemasan dengan pantas dan lebih tepat. Selepas selseai mengimport, Data cleanup dari panel sisi akan menjana beberapa cadangan untuk membuang barisan yang berulang, kesilapan pada alamat atau salah penggunaan format.

Fungsi ini akan diedarkan kepada pengguna G Suite Enterprise, G Suite Enterprise for Education, dan G Suite Enterprise Essentials terlebih dahulu. Pengguna G Suite lain hanya akan menerima fungsi ini pada penghujung tahun.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App