Google hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih North, iaitu syarikat yang terkenal dengan penawaran kaca mata pintar Focals.

Sebelum ini, Focals telah mengintegrasikan paparan holografik didalam kaca mata,l sekaligus mengekalkan rekaan kaca mata seperti biasa, tanpa sebarang saiz yang menganggu pengguna.

Apa pun, permintaan kaca mata pintar daripada North tidak begitu menerima permintaan tinggi, dan ia diperkatakan syarikat menghadapi masalah kewangan sebelum Google tawar untuk membelinya.

Google melalui pengumuman mereka, mengatakan akan mengintegrasikan pasukan disebalik North dalam pembangunan produk mereka, sekaligus membantu dalam membangunkan peranti dan perkhidmatan yang membantu para pengguna seluruh dunia.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App