Gboard adalah papan kekunci yang popular untuk pengguna Android dan juga iOS. Ia hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik seperti pengurus papan klip, mudah untuk menghantar GIF, pelbagai pilihan pelekat dan emoji dan juga ringkas. Kesemua peranti Android dan iOS saya, wajib menggunakan Gboard kerana keselesaan ketika menggunakannya dan prestasi yang baik.

Google Messages Gboard Smart Compose

Terkini Google dilihat sedang menguji fungsi Smart Compose pula pada Gboard. Smart Compose sebelum ini diperkenalkan untuk GMail, dan kemudiannya untuk pelbagai aplikasi Google kepada pengguna GSuite. Ia adalah fungsi yang melengkapkan ayat yang ingin ditaip oleh pengguna. Misalnya, anda menerima emel “Hi, how are the prices? Is it within your budget?” – anda hanya taip “Hi..” secara automatik akan ada teks yang pudar terpapar seperti “Hi, yes everything is okay!”.

Dengan kehadiran fungsi ini pada Gboard, pengguna akan lebih mudah menaip pada banyak aplikasi lain dan tidak terhad kepada aplikasi Google sahaja. Menurut sumber, ia turut berfungsi pada Telegram, WhatsApp dan sudah tentu Google Message. Fungsi ini dilihat diuji pada Gboard versi 9.5.12.317844448. Masih lagi beta, tetapi memandangkan ia adalah beta terbuka – pasti dalam masa terdekat ia akan diperkenalkan secara stabil.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App