Syarikat telekomunikasi kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan data percuma 1GB untuk tujuan produktiviti dan pembelajaran bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 kelak.

Penawaran internet baru ini akan menggantikan penawaran internet percuma 1GB yang ditawarkan sekarang untuk pelbagai tujuan.

Dinamakan sebagai 1GB Internet Produktiviti, internet ini boleh digunakan untuk mengakses sejumlah perkhidmatan pendidikan dan aplikasi persidangan video. Data ini boleh digunakan antara 8 pagi sehingga 6 petang. Semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM Unifi akan menikmati penawaran ini.

Ia turut diumumkan yang mana sejumlah sumber pendidikan ditawarkan kepada pengguna, termasuk Classruum, Udemy dan SunagoLearn. Semua pelanggan juga dapat mengakses akses tanpa had ke Microsoft Office 365 dan juga perkhidmatan Zoom.

Pada masa yang sama, kerajaan mengumumkan akses percuma kepada aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan juga MyTrace.

Syarikat telekomunikasi berkaitan dijangka akan memaklumkan pelanggan mereka bermula hari ini berkaitan penawaran baru ini.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App