Sebentar tadi Qualcomm mengumumkan dua cip baharu Snapdragon Wear 4100+ dan Snapdragon Wear 4100 khusus untuk jam tangan pintar. Ini ialah kemas kini dwi-tahunan yang dilakukan oleh Qualcomm. Kali ini kedua-dua cip dihasilkan menerusi teknologi 12nm.

Ia dilengkapi empat teras Cortex-A53 pada kelajuan 1.7GHz dan GPU Adreno A504. Ini adalah peningkatan mendadak dari Snapdragon Wear 3100 yang dilengkapi empat teras Cortex A7, GPU A304 dan dihasilkan menerusi teknologi 28nm. Secara kasar kuasa memproses meningkat sebanyak 85% tetapi bateri masih boleh bertahan sehingga 25% lebih lama.

Perbezaan di antara Wear 4100+ dan Wear 4100 terletak pada cip pemproses bersama Always On (AON) Qualcomm QCC1110 yang hanya mengawal sistem skrin dalam mod penjimatan kuasa. Hasilnya walaupun dalam mod always on, 64,000 warna dapat dipaparkan berbanding hanya 16 sebelum ini.Hayat bateri juga mampu dipertingkatkan sehingga seminggu berbanding hanya beberapa hari pada generasi terdahulu.

Skrin always on boleh memaparkan waktu, tarikh, tahap bateri, waktu, bacaan nadi, kiraan tapak dan sistem haptik. Ia tidak lagi terhad seperti pada Wear 3100. Snapdragon Wear 4100+ dan 4100 hanya menyokong sistem operasi Wear OS sahaja setakat ini. Turut diumumkan ialah Mobvoi akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan Snapdragon Wear 4100 pada jam tangan pintar mereka.





Source link



Saif Studio: Your One-Stop Digital Creative Agency

Boost Up Your Brand With Android & iPhone App