News

Bimbang Nyawa Ibunya Terancam, Budak Lelaki 12 Tahun Dilapor Tembak Mati Pencuri Pecah Masuk Rumahnya


Berang rumah dipecah masuk dan ibunya diserang, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan telah menembak mati seorang pencuri bersenjata di rumah keluarganya di Louisiana pada minggu lalu.

Menurut Daily Mail, rumahnya telah dipecah masuk sekitar jam 7.20 pagi waktu tempatan pada 30 Jun yang lalu di blok Winchester Lane, berhampiran Clinton.

Suspek pencuri yang ditembak mati itu dikatakan bersenjatakan pistol ketika dia berhadapan dengan ibu kanak-kanak itu di luar rumahnya.

Berlaku pergelutan di antara mereka dan kerana bimbang nyawa ibunya terancam, kanak-kanak itu telah menembak suspek dengan senapang pemburu. Suspek kemudian dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital.

Sementara itu, Sheriff Jeffrey Travis mengatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai bukti pada masa ini yang ‘memberatkan’ perlakuan kanak-kanak itu dan tiada rancangan untuk mengemukakan tuduhan terhadapnya.

Manakala, dua lagi suspek yang terlibat dalam rompakan tersebut telah ditangkap dan bakal meringkuk di dalam penjara.

Sumber: Daily Mail



Source link

Related Posts