News

Azalina sahkan letak jawatan sebagai timbalan speaker


Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengesahkan peletakan jawatannya sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Azalina berkata dia berharap pengundurannya membolehkan “reset” pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Dengan pelantikan perdana menteri baru dan tuntutan orang ramai yang kuat dan jelas untuk kerjasama pelbagai parti, saya mengundurkan diri hari ini untuk mengosongkan kerusi saya.

“(Ini) agar kerajaan dan pembangkang memiliki lebih banyak ruang untuk ‘reset’ Dewan Rakyat kita sehingga Dewan pada Ogos ini dapat benar-benar berfungsi sebagai forum persaingan yang profesional dan kerjasama antara parti mengenai dasar dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azalina berkata, peristiwa sejak 17 bulan lalu membolehkannya merenung kecacatan institusi parlimen dan akan menyokong segala usaha pembaharuan.

Dia mengumumkan pelantikan jawatan sebagai timbalan speaker susulan penubuhan kerajaan baru berikutan pelantikan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno.

Azalina adalah antara 15 ahli parlimen Umno yang menarik balik sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, yang menyebabkan kejatuhan kerajaan berusia 17 bulan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, PAS, GPS, PBS dan Ahli Parlimen bebas.

Seramai 14 daripada 15 ahli parlimen Umno, termasuk Azalina, kembali semula kepada gabungan itu selepas bersetuju Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri yang baru.

Tidak jelas apakah Ismail akan melantik Azalina ke dalam kabinetnya.

Sebelum menjadi timbalan speaker Dewan Rakyat, Azalina mempunyai pengalaman yang lama dalam kerajaan.

Dia pernah berkhidmat sebagai menteri belia dan sukan dari tahun 2004 hingga 2008 dan menteri pelancongan dari tahun 2008 hingga 2009.

Dia juga pernah dilantik sebagai menteri undang-undang dari tahun 2016 hingga 2018.

Ismail Sabri hari ini berkata dia masih mempertimbangkan senarai kabinet baru.

Dia berjanji senarai ittu akan dimuktamadkan dalam minggu ini, sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.



Source link

Related Posts