News

Apple Lancarkan Siri iPhone 13, Boleh Pra Tempah Jumaat Ini, Harga Rasmi Malaysia Bermula RM3,399


Syarikat teknologi gergasi, Apple Inc secara rasmi melancarkan model baharu telefon pintar mereka, iPhone 13 di Apple Event sebentar tadi.

Model baharu iPhone 13 dan iPhone 13 Mini boleh didapati dalam lima pilihan warna.

Gambar: Apple Event

Seiring perkembangan internet, rangkaian 5G turut tersedia dalam model baharu iPhone ini.

Jangka hayat bateri iPhone 13 adalah 2 jam lebih panjang berbanding model iPhone 12, sementara iPhone 13 Mini 1.5 jam.

Manakala jangka hayat bateri iPhone 13 Pro bertahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro.

Untuk model iPhone 13 Pro Max, ketahanan bateri adalah 2.5 jam lebih lama berbanding model terdahulu, iPhone 12 Pro Max.

Harga permulaan iPhone 13

  • iPhone 13 Mini – RM3,399
  • iPhone 13 – RM3,899
  • iPhone 13 Pro – RM4,899
  • iPhone 13 Pro Max – RM5,299
  • Model baharu iPhone 13 ini tersedia dalam kapasiti sebesar 512 GB. Manakala kapasiti maksimum storage iPhone 13 Pro Max adalah 1TB.

Model baharu iPhone ini boleh mula didapati bermula 17 September dan tersedia pada 24 September akan datang.

Sumber: Apple Event



Source link

Related Posts