News

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19


Setiap negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sedang dan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan virus merbahaya ini, termasuklah Malaysia.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Ahmad Shariff Hambali mengenai pengiktirafan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19.

Adakah anda wajib mendapatkan kit ujian?

Anda tidak wajib untuk mendapatkan kit ujian kendiri kerana ujian ini dilakukan atas usaha anda sendiri dalam memastikan kecurigaan terhadap status risiko COVID-19 anda.

Tujuan sebenar kit ujian adalah untuk membantu orang awam menjalankan saringan secara sendiri dengan cepat dan mudah sebelum mengambil tindakan yang seterusnya, sekaligus mengurangkan beban petugas kesihatan.

Selain itu, kit ujian kendiri dapat merendahkan risiko jangkitan kerana anda tidak perlu hadir secara bersemuka di pejabat atau pusat kesihatan yang mana risiko jangkitannya tinggi.

Menurut KKM lagi, antara golongan yang wajib membuat ujian secara peribadi atau di pusat kesihatan adalah kontak rapat yang mempunyai gejala

Bilakah anda perlu mengambil kit ujian?

Jika anda bercadang untuk mengambil kit ujian kendiri, anda perlu terlebih dahulu tahu tentang tempoh yang sesuai sebelum mengambilnya supaya keputusan ujian anda lebih tepat.

Selepas seseorang individu itu dijangkiti oleh COVID-19, virus tersebut dianggarkan akan mengambil tempoh dua (2) hingga empat belas (14) hari untuk aktif di dalam badan individu tersebut. Sebagai contoh, katakan anda mengambil kit ujian sebelum virus itu aktif di dalam badan anda dan hasil keputusan ujian anda negatif, secara tidak sedar anda akan menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Jadi, tempoh yang paling sesuai untuk anda ambil kit ujian adalah selepas tiga hingga lima hari,

Setakat ini, 11 kit ujian telah diberikan kelulusan dan sedang dipasarkan selepas melepasi penilaian teknikal dan pengujian prestasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nama Produk Harga Kit Ujian Nama Syarikat Pengesan Jenis Sampel
Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test RM39.90 Reszon Diagnostic International Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur dan calitan hidung
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use RM39.90 Citymedic Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device RM39.90 Medinics (M) Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test RM35.90 Global Science Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test RM35.00 Neopharma Biotech Asia Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit Immunochromotography RM41.00 Jingga Anggun Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay RM39.90 Hexamine Sdn Bhd RTK-Antigen Calitan hidung
Flowflex SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing) RM39.90 Translab (M) Sdn Bhd RTK-Antigen Calitan hidung
STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home Test RM39.90 Neoscience Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva) RM39.90 Medical Innovation Ventures Sdn Bhd RTK-Antigen Air liur
NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit RM32.90 Dewina Consult Sdn Bhd RTK-Antiven Air liur dan calitan hidung

*Harga kit ujian mungkin berbeza bergantung kepada farmasi dan fasiliti kesihatan pilihan anda.

Berapakah kadar bayaran Ujian Pengesanan COVID-19?

Kebanyakan orang awam masih keliru atau tidak tahu tentang kadar bayaran ujian pengesanan COVID-10 di fasiliti kesihatan kerajaan. Berikut adalah jenis kadar bayaran:

Jenis Ujian Kadar Bayaran Warganegara Kadar Bayaran Bukan Warganegara
Rt-PCR RM150.00 RM250.00
RTK Antigen RM60.00 RM120.00
RTK Antibodi RM30.00 RM60.00

Penting: Ujian Antibodi adalah untuk penerima vaksin menilai tindak balas dan tahap perlindungan individu terhadap virus COVID-19

Namun, bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kerajaan tidak dikenakan bagi:

  • Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Individu di bawah pengawasan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  • Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19.

Rancang perbelanjaan saringan COVID-19 anda

Kini timbul pula persoalan tentang kemampuan orang awam untuk menjalani pelbagai ujian saringan COVID-19, termasuklah kit ujian kendiri.

Seperti yang telah dijelaskan oleh MDA, penggunaan kit ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang lazimnya digunakan oleh pihak KKM.

Sebagai contoh, anda merupakan kontak rapat bergejala dengan seseorang yang positif COVID-19 dan ingin melakukan kit ujian kendiri, dan jika keputusan ujian kendiri anda positif, anda perlu menyusuli dengan ujian saringan wajib di hospital atau klinik swasta yang menawarkan ujian saringan COVID-19.

Namun, seperti yang sudah dijelaskan di jadual atas, sekiranya anda disahkan negatif COVID-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri, anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk melakukan ujian saringan di fasiliti kesihatan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan anda dan ahli keluarga terdekat anda.

Jadi, pastikan anda sudah memahami penggunaan kit ujian kendiri bersedia dari segi kewangan supaya ia tidak mendatangkan kekangan dan cabaran pada kemudian hari.





Source link

Related Posts